Pages

Wednesday 5 June 2013

Apa itu Seni?

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dah masuk hari rabu, aku ada test speaking petang ni, satu apa pon aku tak sentuh lagi. Pedulikan. Melihat ke luar tingkap... gelap... aku pasti...kerana tiada sumber cahaya kelihatan. Bulan bintang lari dari menemani kesepianku. Minuman tin Alicafe Classic diletakkan disudut meja. Aku terus berkhayal. Tapi kali ini, khayalan itu sedikit berat. Ianya tentang seni.

Apa itu seni? Ku kira jawapan sebegini sudah pasti subjektif. Tiada yang tetap. Mungkin punya istilah tersendiri, tapi seni itu berbeza dari setiap individu. Jika dari perspektif aku sendiri, Seni itu satu pengembaraan. Janggal kan bunyinya, tapi aku yakin itu adalah jawapan aku.

Aku juga lahir dari keluarga yang meminati bidang seni, tapi dibesarkan dalam masyarakat yang tidak tahu menghargai seni. Aku tidak sedih, aku tidak terkilan sebaliknya aku bangga, seni itu adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Bukan semua orang boleh berimaginasi tentang seni, bukan semua orang mampu melihat seni disebalik realiti, bukan semua orang mampu menghasilkan seni yang boleh mengubah minda dan persepsi. 

Jadi aku melihat seni itu satu kembara, ianya mengkaji sesuatu dari realiti, merasai sesuatu yang pasti lalu diterjemahkan dalam keadaan yang cukup abstrak. Seni itu tiada penghujung, seperti sebuah perjalanan, yang dihadapan itu adalah satu situasi yang sentiasa berbeza. Seni juga begitu, perlu merentasi sesuatu untuk merasai, mengamati lalu dicorakkan seni itu untuk dirasai bersama. Seni itu jujur, jika aku menipu, seni itu juga akan menipu. Hasil seni yang baik datangnya dari jiwa yang luhur. Kerana seni itu satu kembara. Kembara mencari kepuasan. 

Aku menguap, lalu menghabiskan sisa minuman tin yang tertinggal. Lampu ditutup. Sepi.

No comments:

Post a Comment