Pages

Saturday 8 June 2013

Kenapa Aku Masih Single?

Bila ingatkan balik kisah kisah aku mencari teman wanita, memang rasa macam hampeh giler. Ok la, aku ni memang jenis memilih sikit, perempuan berambut perang aku tak nak, perempuan pakai turban macam Yuna aku tak nak, perempuan banyak cakap aku tak nak, perempuan yang baik dan malu malu pon aku tak nak. Jadi aku tak tahu apa yang aku nak. Aku lebih banyak menyerah pada takdir. Kalau dah ditakdirkan jodoh, maka ada lah tu. Entah la, aku tak pandai nak approach orang dan start with a conversation. Gilerr pathetic aku ni. Hahaha...

Kenapa tiba tiba cerita pasal awek ni? hurm... 

Sebenarnya, aku dah lama keseorangan. I mean single la. Bukan tak ada yang suka, macam aku mention tadi la, aku ni agak memilih. Dan selama aku hidup kat atas muka bumi ni, tak pernah lagi aku serious couple dengan mana mana gadis sebelum ni. Kalau setakat cinta monyet tuh adalah sorang dua. Itu pon rasa macam tak matang giler...damnn... muntah balik bila ingatkan kisah cinta monyet..

Waktu tuh masih lagi dibangku sekolah. Dah jadi senior katakan, memandangkan sekolah aku semua lelaki, jadi bila masuk form 6 tuh, baru nampak batang hidung budak perempuan. Nafsu tu pun mula la berombak rindu..eh!!  So ada la this one girl yang aku approach. Aku tak nak cerita macam mana aku kenal dia, sebab rasa macam bangang kowt. So kitorang pernah makan kat Kenny Roger Roaster. Haa... tempat dating nak meletop je, so dia ajak aku tengok cerita Twilight yang first sekali. Humm, aku ikut je walaupun bosan giler cerita tuh..hahaha.. Then lepas tuh aku terus tak jumpa dia. Kah3... Kan aku dah cakap, sebab tu lah aku masih single. Sebab aku tak jumpa dia, aku perasan yang dia tak ada apa apa feeling dekat aku pun. 

Tapi, aku rasa aku sudah bahagia sekarang. Jika aku stress, aku ada kopi sebagai peneman setia, jika nafsu membuak buak, aku ada kopi untuk tingkatkan adrenalin aku, ecehh, dan bila aku kesunyian, kopi jugak yang sentiasa bersama. So kira macam aku dah jatuh cinta dengan Kopi. Jadi, buat masa ini, aku masih lagi single but not available. Kah kah kah.. 

Oh ya, aku baru 23... kah3... menggatai pulak kan. ^,^

1 comment:

  1. if kenal erti cinta, mesti nak rasa cinta tu macam mana. macam awak cintakan KOPI. :)

    ReplyDelete