Pages

Sunday 9 June 2013

Kopi Hang Tuah Secawan


Sebelum ni memang aku tak pernah cuba pun Kopi Hang Tuah ni, pernah dengar nama je, so hari ni rasa macam nak test secawan. Menggunakan biji kopi Arabica. Boleh tahan la, tapi rasa pahit sikit. 

Sambil tuh pulak habiskan masa dengan membaca buku Fixi "Ajaib" oleh Syafiq Aizat. Masih baca separuh, hurmm... penulisan dia gaya biasa, tapi jalan cerita dia nampak macam boleh go on jugak la. Aku rasa Syafiq ni pon muda lagi, tapi dia ada potensi untuk pergi jauh. Aku rasa la!!..Hehehe.. Ambil masa juga aku nak habiskan cerita dia. Ye la, cerita pasal zaman kanak kanak ni kadang kadang tak boleh nak hadam. Tambah pulak cerita pasal budak zaman sekarang kan. Time aku dulu, pergi sekolah balik sekolah buat kerja sekolah main achik duduk lepas tuh mandi mengaji dan tidur. Almost everyday.. Ahahahaha...

*sambung membaca 'Ajaib'*

Saturday 8 June 2013

Kenapa Aku Masih Single?

Bila ingatkan balik kisah kisah aku mencari teman wanita, memang rasa macam hampeh giler. Ok la, aku ni memang jenis memilih sikit, perempuan berambut perang aku tak nak, perempuan pakai turban macam Yuna aku tak nak, perempuan banyak cakap aku tak nak, perempuan yang baik dan malu malu pon aku tak nak. Jadi aku tak tahu apa yang aku nak. Aku lebih banyak menyerah pada takdir. Kalau dah ditakdirkan jodoh, maka ada lah tu. Entah la, aku tak pandai nak approach orang dan start with a conversation. Gilerr pathetic aku ni. Hahaha...

Kenapa tiba tiba cerita pasal awek ni? hurm... 

Sebenarnya, aku dah lama keseorangan. I mean single la. Bukan tak ada yang suka, macam aku mention tadi la, aku ni agak memilih. Dan selama aku hidup kat atas muka bumi ni, tak pernah lagi aku serious couple dengan mana mana gadis sebelum ni. Kalau setakat cinta monyet tuh adalah sorang dua. Itu pon rasa macam tak matang giler...damnn... muntah balik bila ingatkan kisah cinta monyet..

Waktu tuh masih lagi dibangku sekolah. Dah jadi senior katakan, memandangkan sekolah aku semua lelaki, jadi bila masuk form 6 tuh, baru nampak batang hidung budak perempuan. Nafsu tu pun mula la berombak rindu..eh!!  So ada la this one girl yang aku approach. Aku tak nak cerita macam mana aku kenal dia, sebab rasa macam bangang kowt. So kitorang pernah makan kat Kenny Roger Roaster. Haa... tempat dating nak meletop je, so dia ajak aku tengok cerita Twilight yang first sekali. Humm, aku ikut je walaupun bosan giler cerita tuh..hahaha.. Then lepas tuh aku terus tak jumpa dia. Kah3... Kan aku dah cakap, sebab tu lah aku masih single. Sebab aku tak jumpa dia, aku perasan yang dia tak ada apa apa feeling dekat aku pun. 

Tapi, aku rasa aku sudah bahagia sekarang. Jika aku stress, aku ada kopi sebagai peneman setia, jika nafsu membuak buak, aku ada kopi untuk tingkatkan adrenalin aku, ecehh, dan bila aku kesunyian, kopi jugak yang sentiasa bersama. So kira macam aku dah jatuh cinta dengan Kopi. Jadi, buat masa ini, aku masih lagi single but not available. Kah kah kah.. 

Oh ya, aku baru 23... kah3... menggatai pulak kan. ^,^

Friday 7 June 2013

Kek Batik Badam

Jangan ingat perempuan je yang pandai masak, lelaki pon pandai ok. Tapi yang ni bukan aku masak. *gelak *. Well, my housemate punya kerja la ni, diorang kalau bab masak memang tip top. Aku tak hebat macam diorang. Aku tahu bancuh kopi je. *gelak lagi*. This one is Kek Batik Badam, ok, kalau nak tahu ini my first time makan kek batik. Entah, rasanya tak pernah makan kot sebelum ini. Hahaha

Ok, pisau tuh macam scary giler.. hohoho

Not bad la, sebab ada coklat creamer kat situ. Menurut housemate aku ni, dia campurkan koko [plus] milo. Dan dia kata yang koko ni belum keras lagi. Tapi dia bagi kitorang makan sebab nak test dulu sebelum dia bagi kat girlfriend dia. Farewell la kiranya untuk awek dia. Nak gerak pergi mana entah. Takde pulak aku nak tanya. Hahaha.. 

Menu Favorite

Tiba tiba je malam ni aku mengidam satu benda. Melampau nyer, mengidam bagai. *gelak kecil*. Lapar nak makan maggi goreng. What!! Maggi goreng pon boleh mengidam ke. Hurmm, sebenarnya ini semua kerja sahabat aku yang sorang ni, dah lama tak jumpa dia. Jadi adalah sikit rindu nak lepak lepak dengan dia. Jadi nak ubati rindu tuh, aku order la all this menu. Sebab dia yang ajar aku makan macam ni. Tapi kali ni aku lepak dengan member aku yang kat Shah Alam ni. 

Menu biasa dia bila waktu malam kena ada ni semua, Milo Ais Tabur (favorite dia) [+] maggi goreng takda sayur dan telur mata. So waktu aku first2 lepak dengan dia, aku tak pernah minum milo ais tabur, sebab aku tak suka serbuk2 milo yang tak solute tu. then try la sebab tengok dia macam suka giler. So then, aku macam terus suka minum milo ais tabur ni. Lebih pekat, lebih kaw kot. 


Entah la, teringin nak kembali ke zaman silam waktu2 macam ni dengan kawan kawan lama. Especially dia la, kawan rapat aku. Susah senang bersama, masakan boleh lupa. Sebab benda kecil macam ni lah kitorang boleh kamcing sama2. Dia tak boleh makan semua benda, tapi aku boleh. Dia tak suka sayur, aku suka sayur, tapi bila order maggi ni aku tetap akan mintak "taknak sayur" semata2 nak rasa macam apa yang dia rasa. 

Sebenarnya aku baru 3 minggu tak jumpa dia. Hahaha, tapi rasa macam lama pulak. Ye la, bila aku susah, aku suka ajak dia lepak sama, ceritakan masalah aku yang tengah kusut, tapi bila dia buzy, terpaksa ajak orang lain pulak lepak. Hurm.. 

Lastly, lepas bayar tuh, tetiba rasa macam "shit!!!!". Macam ni sahaja sampai RM7.++ What the fuckk!!! Mahal giler dow. Arghhh menyesal makan kat Khulafa. Aku makan dengan dia kat kedai mamak lain takde la sampai 7 ringgit. Next onward, memang tak la aku nak makan maggi kat sini atau mungkin milo ais tabur tuh yang mahal. Huh!!!!

Thursday 6 June 2013

Malangnya Nasib

Okay la, I'm not in a mood to tell everything here, so i just skip off the story. Lepas I told everything to my parent. Well, actually not everything but certain things yang buat diorang pon jadi serabut jugak. So cadangan nak balik ke kampung halaman bersama mak pak aku tak jadi, aku bawa diri balik ke Shah Alam. So malam tuh memang sucks giler. Aku kene tunggu bas berjam jam dekat KL sentral dalam pukul 12 tengah malam baru sampai. Damn giler.. 

Lepas tuh pulak sampai je Shah Alam, of course la bas dah takde. Pukul 1 pagi kot.. Memang takkan ada bas la, teksi ada, tapi macam tak berbaloi ok naik waktu waktu macam ni. Dua kali ganda tambang. Lastly, aku ambil keputusan untuk jalan kaki dari seksyen 2 ke seksyen 7. Orang yang lalu lalang kat jalan aku buat endah tak endah je. Tapi alhamdulillah sampai jugak ke rumah. Dalam pukul 1:45 pagi. 


Lepas mandi dan segarkan badan, terus buat teh O panas dan dapat makan roti sardin (my housemate punya), nasib baik dia suruh habiskan. Lapar giler dow. Ada jugak makanan untuk aku yang kelaparan ni. Begitu lah ceritanya malam tu. Warghhhh. Tak tahu la. Aku cuba cari jalan sekarang ni. Hope everything just fine. 

Wednesday 5 June 2013

Aku Buntu

Bila aku dalam keadaan kusut, aku suka buat sesuatu yang tak masuk akal. Hari ni je aku dah banyak kali menyesal. Entah kenapa. Pagi tadi aku langsung tak dapat lelapkan mata. Sampai lah sekarang, masih lagi berjaga. Dalam pukul 6.30 pagi aku siap mandi dan terus turun bawah tunggu bas ke KL. Dalam bas, aku masih tak dapat lelapkan mata, destinasi aku dari Shah Alam ke KLSentral, dan dari KL Sentral ke Kota Damansara lebih kurang dalam 2 jam. Sebab naik bas, jadi tempoh nya agak lama. Earphone tidak lekang di telinga. Sampai je Kota Damansara, aku terus rasa menyesal. Menyesal kerana lari dari masalah dan menambahkan lagi masalah. Aku lari dari masalah sebab aku nak jumpa mak bapak aku, nak mengadu pada mereka, sebab aku dah tak tahan sangat menanggung beban seorang diri. Kusut.

Tapi dalam masa yang sama, aku patutnya ada test speaking petang ni, tapi aku dah tak ada hati nak menghadirkan diri. Gilakah aku? Seakan hati ini ingin berhenti dari meneruskan pengajian. Aduh. Aku buntu. 

Jadi apa patut aku buat?

*bunyi cengkerik*


Apa itu Seni?

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dah masuk hari rabu, aku ada test speaking petang ni, satu apa pon aku tak sentuh lagi. Pedulikan. Melihat ke luar tingkap... gelap... aku pasti...kerana tiada sumber cahaya kelihatan. Bulan bintang lari dari menemani kesepianku. Minuman tin Alicafe Classic diletakkan disudut meja. Aku terus berkhayal. Tapi kali ini, khayalan itu sedikit berat. Ianya tentang seni.

Apa itu seni? Ku kira jawapan sebegini sudah pasti subjektif. Tiada yang tetap. Mungkin punya istilah tersendiri, tapi seni itu berbeza dari setiap individu. Jika dari perspektif aku sendiri, Seni itu satu pengembaraan. Janggal kan bunyinya, tapi aku yakin itu adalah jawapan aku.

Aku juga lahir dari keluarga yang meminati bidang seni, tapi dibesarkan dalam masyarakat yang tidak tahu menghargai seni. Aku tidak sedih, aku tidak terkilan sebaliknya aku bangga, seni itu adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Bukan semua orang boleh berimaginasi tentang seni, bukan semua orang mampu melihat seni disebalik realiti, bukan semua orang mampu menghasilkan seni yang boleh mengubah minda dan persepsi. 

Jadi aku melihat seni itu satu kembara, ianya mengkaji sesuatu dari realiti, merasai sesuatu yang pasti lalu diterjemahkan dalam keadaan yang cukup abstrak. Seni itu tiada penghujung, seperti sebuah perjalanan, yang dihadapan itu adalah satu situasi yang sentiasa berbeza. Seni juga begitu, perlu merentasi sesuatu untuk merasai, mengamati lalu dicorakkan seni itu untuk dirasai bersama. Seni itu jujur, jika aku menipu, seni itu juga akan menipu. Hasil seni yang baik datangnya dari jiwa yang luhur. Kerana seni itu satu kembara. Kembara mencari kepuasan. 

Aku menguap, lalu menghabiskan sisa minuman tin yang tertinggal. Lampu ditutup. Sepi.

Ada Apa Dengan Kopi Latte

Bismillahirahmanirrahim

Hai.. Aku lah Kopi Latte.

Kenapa Kopi Latte? Sebenarnya nama aku adalah "ehem ehem". Kopi Latte hanyalah nama pena. Tapi kenapa Kopi Latte? sebab aku suka kopi [plus] susu. Baiklah, ini merupakan istilah wikipedia mengenai Caffe Latte - Latte atau Caffè latte adalah terma Bahasa Itali yang bermaksud kopi susu. Ianya adalah espresso atau kopi yang dicampur dengan susu dan memiliki lapisan busa yang tipis di bagian atasnya. - Jadi aku merupakan peminat tegar kopi susu, cuma aku selalunya minum kopi susu biasa atau nescafe, belum mampu nak minum caffe latte yang macam kat starbuck tuh. *sambil ketawa*

Tapi aku tetap kisahkan diri aku sebagai Kopi Latte, kerana Latte inilah pelengkap kopi untuk menjadi sebuah kopi susu lebih istimewa. Jadi ini mengenai coretan kisah hidupku dalam mencari sesuatu yang dapat melengkapkan kehidupan aku yang masih lagi kekosongan. Dan aku masih mencari... masih mencari latte di penghujung 'Kopi'.