Pages

Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

Friday, 7 June 2013

Menu Favorite

Tiba tiba je malam ni aku mengidam satu benda. Melampau nyer, mengidam bagai. *gelak kecil*. Lapar nak makan maggi goreng. What!! Maggi goreng pon boleh mengidam ke. Hurmm, sebenarnya ini semua kerja sahabat aku yang sorang ni, dah lama tak jumpa dia. Jadi adalah sikit rindu nak lepak lepak dengan dia. Jadi nak ubati rindu tuh, aku order la all this menu. Sebab dia yang ajar aku makan macam ni. Tapi kali ni aku lepak dengan member aku yang kat Shah Alam ni. 

Menu biasa dia bila waktu malam kena ada ni semua, Milo Ais Tabur (favorite dia) [+] maggi goreng takda sayur dan telur mata. So waktu aku first2 lepak dengan dia, aku tak pernah minum milo ais tabur, sebab aku tak suka serbuk2 milo yang tak solute tu. then try la sebab tengok dia macam suka giler. So then, aku macam terus suka minum milo ais tabur ni. Lebih pekat, lebih kaw kot. 


Entah la, teringin nak kembali ke zaman silam waktu2 macam ni dengan kawan kawan lama. Especially dia la, kawan rapat aku. Susah senang bersama, masakan boleh lupa. Sebab benda kecil macam ni lah kitorang boleh kamcing sama2. Dia tak boleh makan semua benda, tapi aku boleh. Dia tak suka sayur, aku suka sayur, tapi bila order maggi ni aku tetap akan mintak "taknak sayur" semata2 nak rasa macam apa yang dia rasa. 

Sebenarnya aku baru 3 minggu tak jumpa dia. Hahaha, tapi rasa macam lama pulak. Ye la, bila aku susah, aku suka ajak dia lepak sama, ceritakan masalah aku yang tengah kusut, tapi bila dia buzy, terpaksa ajak orang lain pulak lepak. Hurm.. 

Lastly, lepas bayar tuh, tetiba rasa macam "shit!!!!". Macam ni sahaja sampai RM7.++ What the fuckk!!! Mahal giler dow. Arghhh menyesal makan kat Khulafa. Aku makan dengan dia kat kedai mamak lain takde la sampai 7 ringgit. Next onward, memang tak la aku nak makan maggi kat sini atau mungkin milo ais tabur tuh yang mahal. Huh!!!!

Thursday, 6 June 2013

Malangnya Nasib

Okay la, I'm not in a mood to tell everything here, so i just skip off the story. Lepas I told everything to my parent. Well, actually not everything but certain things yang buat diorang pon jadi serabut jugak. So cadangan nak balik ke kampung halaman bersama mak pak aku tak jadi, aku bawa diri balik ke Shah Alam. So malam tuh memang sucks giler. Aku kene tunggu bas berjam jam dekat KL sentral dalam pukul 12 tengah malam baru sampai. Damn giler.. 

Lepas tuh pulak sampai je Shah Alam, of course la bas dah takde. Pukul 1 pagi kot.. Memang takkan ada bas la, teksi ada, tapi macam tak berbaloi ok naik waktu waktu macam ni. Dua kali ganda tambang. Lastly, aku ambil keputusan untuk jalan kaki dari seksyen 2 ke seksyen 7. Orang yang lalu lalang kat jalan aku buat endah tak endah je. Tapi alhamdulillah sampai jugak ke rumah. Dalam pukul 1:45 pagi. 


Lepas mandi dan segarkan badan, terus buat teh O panas dan dapat makan roti sardin (my housemate punya), nasib baik dia suruh habiskan. Lapar giler dow. Ada jugak makanan untuk aku yang kelaparan ni. Begitu lah ceritanya malam tu. Warghhhh. Tak tahu la. Aku cuba cari jalan sekarang ni. Hope everything just fine. 

Wednesday, 5 June 2013

Aku Buntu

Bila aku dalam keadaan kusut, aku suka buat sesuatu yang tak masuk akal. Hari ni je aku dah banyak kali menyesal. Entah kenapa. Pagi tadi aku langsung tak dapat lelapkan mata. Sampai lah sekarang, masih lagi berjaga. Dalam pukul 6.30 pagi aku siap mandi dan terus turun bawah tunggu bas ke KL. Dalam bas, aku masih tak dapat lelapkan mata, destinasi aku dari Shah Alam ke KLSentral, dan dari KL Sentral ke Kota Damansara lebih kurang dalam 2 jam. Sebab naik bas, jadi tempoh nya agak lama. Earphone tidak lekang di telinga. Sampai je Kota Damansara, aku terus rasa menyesal. Menyesal kerana lari dari masalah dan menambahkan lagi masalah. Aku lari dari masalah sebab aku nak jumpa mak bapak aku, nak mengadu pada mereka, sebab aku dah tak tahan sangat menanggung beban seorang diri. Kusut.

Tapi dalam masa yang sama, aku patutnya ada test speaking petang ni, tapi aku dah tak ada hati nak menghadirkan diri. Gilakah aku? Seakan hati ini ingin berhenti dari meneruskan pengajian. Aduh. Aku buntu. 

Jadi apa patut aku buat?

*bunyi cengkerik*


Ada Apa Dengan Kopi Latte

Bismillahirahmanirrahim

Hai.. Aku lah Kopi Latte.

Kenapa Kopi Latte? Sebenarnya nama aku adalah "ehem ehem". Kopi Latte hanyalah nama pena. Tapi kenapa Kopi Latte? sebab aku suka kopi [plus] susu. Baiklah, ini merupakan istilah wikipedia mengenai Caffe Latte - Latte atau Caffè latte adalah terma Bahasa Itali yang bermaksud kopi susu. Ianya adalah espresso atau kopi yang dicampur dengan susu dan memiliki lapisan busa yang tipis di bagian atasnya. - Jadi aku merupakan peminat tegar kopi susu, cuma aku selalunya minum kopi susu biasa atau nescafe, belum mampu nak minum caffe latte yang macam kat starbuck tuh. *sambil ketawa*

Tapi aku tetap kisahkan diri aku sebagai Kopi Latte, kerana Latte inilah pelengkap kopi untuk menjadi sebuah kopi susu lebih istimewa. Jadi ini mengenai coretan kisah hidupku dalam mencari sesuatu yang dapat melengkapkan kehidupan aku yang masih lagi kekosongan. Dan aku masih mencari... masih mencari latte di penghujung 'Kopi'.