Pages

Wednesday 5 June 2013

Aku Buntu

Bila aku dalam keadaan kusut, aku suka buat sesuatu yang tak masuk akal. Hari ni je aku dah banyak kali menyesal. Entah kenapa. Pagi tadi aku langsung tak dapat lelapkan mata. Sampai lah sekarang, masih lagi berjaga. Dalam pukul 6.30 pagi aku siap mandi dan terus turun bawah tunggu bas ke KL. Dalam bas, aku masih tak dapat lelapkan mata, destinasi aku dari Shah Alam ke KLSentral, dan dari KL Sentral ke Kota Damansara lebih kurang dalam 2 jam. Sebab naik bas, jadi tempoh nya agak lama. Earphone tidak lekang di telinga. Sampai je Kota Damansara, aku terus rasa menyesal. Menyesal kerana lari dari masalah dan menambahkan lagi masalah. Aku lari dari masalah sebab aku nak jumpa mak bapak aku, nak mengadu pada mereka, sebab aku dah tak tahan sangat menanggung beban seorang diri. Kusut.

Tapi dalam masa yang sama, aku patutnya ada test speaking petang ni, tapi aku dah tak ada hati nak menghadirkan diri. Gilakah aku? Seakan hati ini ingin berhenti dari meneruskan pengajian. Aduh. Aku buntu. 

Jadi apa patut aku buat?

*bunyi cengkerik*


1 comment: