Pages

Friday 7 June 2013

Menu Favorite

Tiba tiba je malam ni aku mengidam satu benda. Melampau nyer, mengidam bagai. *gelak kecil*. Lapar nak makan maggi goreng. What!! Maggi goreng pon boleh mengidam ke. Hurmm, sebenarnya ini semua kerja sahabat aku yang sorang ni, dah lama tak jumpa dia. Jadi adalah sikit rindu nak lepak lepak dengan dia. Jadi nak ubati rindu tuh, aku order la all this menu. Sebab dia yang ajar aku makan macam ni. Tapi kali ni aku lepak dengan member aku yang kat Shah Alam ni. 

Menu biasa dia bila waktu malam kena ada ni semua, Milo Ais Tabur (favorite dia) [+] maggi goreng takda sayur dan telur mata. So waktu aku first2 lepak dengan dia, aku tak pernah minum milo ais tabur, sebab aku tak suka serbuk2 milo yang tak solute tu. then try la sebab tengok dia macam suka giler. So then, aku macam terus suka minum milo ais tabur ni. Lebih pekat, lebih kaw kot. 


Entah la, teringin nak kembali ke zaman silam waktu2 macam ni dengan kawan kawan lama. Especially dia la, kawan rapat aku. Susah senang bersama, masakan boleh lupa. Sebab benda kecil macam ni lah kitorang boleh kamcing sama2. Dia tak boleh makan semua benda, tapi aku boleh. Dia tak suka sayur, aku suka sayur, tapi bila order maggi ni aku tetap akan mintak "taknak sayur" semata2 nak rasa macam apa yang dia rasa. 

Sebenarnya aku baru 3 minggu tak jumpa dia. Hahaha, tapi rasa macam lama pulak. Ye la, bila aku susah, aku suka ajak dia lepak sama, ceritakan masalah aku yang tengah kusut, tapi bila dia buzy, terpaksa ajak orang lain pulak lepak. Hurm.. 

Lastly, lepas bayar tuh, tetiba rasa macam "shit!!!!". Macam ni sahaja sampai RM7.++ What the fuckk!!! Mahal giler dow. Arghhh menyesal makan kat Khulafa. Aku makan dengan dia kat kedai mamak lain takde la sampai 7 ringgit. Next onward, memang tak la aku nak makan maggi kat sini atau mungkin milo ais tabur tuh yang mahal. Huh!!!!

2 comments:

  1. service charges yang buat mahal tu kot :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm... boleh jadi jugak.. baru igt nk save duit...huhu

      Delete